Wednesday, June 11, 2008

butakan nafsumu, bukalah hatimu

Dengan hati yang sebak, sedih tak terhingga, sukar sekali untuk digambarkan dek kerana melihat pemimpin malaysia tenggelam hanyut dengan dunia, hilang arah punca, akal-fikiran yang dikawal hawa nafsu jadi panduan. Kalau dahulu dizaman Rasulullah dua bangsa boleh bersatu demi Islam, sekarang satu bangsa seagama berpecah demi politik. Kerana politik kita lupa kita seagama, kerana politik kita lupa kita sedarah, kerana politik kita sanggup mengadaikan apa saja, demi kuasa, kemewahan, dan kedudukan yang pastinya tak akan dibawa bersama keliang lahat.

Kenapa kita tak boleh bersatu demi Malaysia, kenapa harus kita besengketa sesama kita, sibuk mencari kesalahan pihak lain, semata mata ingin menyatakan mereka benar, sibuk dengan tuduh menuduh, sanggup menghina, mencerca demi politik. Dek kerana singa yang rakus bergelut ingin menjadi raja, dubuk pembangkai menjadi juara. Dek kerana Singa yang rakus bergelut, kami yang lemah menjadi mangsa.

No comments: