Wednesday, June 11, 2008

hari ini kita mulakan

;mata kita semua memandang, telinga kita semua mendengar, bukan kita tak mengerti, bukan kita tak memahami, tapi dek dibelengu rantai kekeliruan, dibohongi oleh dajal bertopengkan manusia, kita jadi terpinga pinga, dalam mencari kebenaran.

Barisan nasional seolah sudah hilang cahayanya, pakatan rakyat goyah bak telur dihujung tanduk. umum tahu barisan nasional kalah bukan kerana pakatan rakyat, tapi kerana sudah jelak dengan pucuk pimpinan barisan nasional yang mementingkan diri sendiri, jelak dengan perancangan yang bukan bukan, jelak dengan sifat bongkak mereka.

tertubuhnya pakatan rakyat atas dasar ingin menjatuhkan barisan nasional, atas dasar ingin berkuasa, tiga parti dengan agenda bertentangan dengan masing masing, hanya sepakat kerana kuasa, satu pakatan rapuh boleh membinasakan negara. kalau betul seperti mana kata anwar ibrahim yang kerajaan jadi miliknya september ini, akan bertambahlah musibah menimpa malaysia.

kalau seorang yang terlalu gelojoh ingin menjadi perdana menteri, dengan sanggup melobi lawan supaya memastikan pelannya berjaya, tak mungkin akan menjadi seorang pemimpin yang baik. jangan lupa dia bukannya bijak seperti yang dikata, kalau diikut katanya dulu, meminta dari imf, mungkin negara kita pun terperangkap sama dalam jerat imf. tapi mujur kita ada seorang yang bijaksana, ayahanda yang kita sayangi Tun Mahathir, kita selamat dari krisis itu.

dalam 22 tahun, Tun Mahathir mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat, cukup sukar untuk mencari penganti sepertinya, semasa melepaskan jawatannya, malaysia berada dalam keadaan yang cukup baik, tapi sekarang negara kita berada dalam derita, rakyat teraniaya, keadaan bertambah teruk, hidup makin sukar angkara pemimpin yang tidak berakal.

kita harus membuat sesuatu, kita mesti membuat sesuatu agar memastikan negara kita kembali kepada seadanya, oleh itu, saya mengajak saudara saudara ku, rakyat Malaysia marilah kita bersatu bersama, tidak kira apa bangsa, agama dan kedudukan, yang penting kita rakyat malaysia.

kalau saya seorang, saya tak mampu memecahkan tembok besi itu, tapi kalau kita semua bersatu bukan saja tembok besi malah tembok emas pun cair dengan kuasa unity.

kali ini kita akan bangkit kembali, dengan nama bangsa malaysia.

No comments: